Sunday 30 September 2012

Cara-Cara Haiwan Beranak

Contoh-contoh haiwan yang membiak secara melahirkan anak adalah seperti berikut:-


Kambing (bahasa Inggeris goat) ialah salah satu haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Capra aegagrus hircus. Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan bertulang belakang (vertebrat), kelas mamalia. Kambing adalah haiwan berdarah panas. Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing bunting kali pertama).

Badak cipan berasal daripada famili Tapiridae dalam order Perissodactyla. Terdapat empat spesies badak cipan yang boleh ditemui. Badak cipan Malaya (Tapirus indicus) boleh ditemui di Asia Tenggara sementara tiga spesies lagi iaitu Mountain Tapir (Tapirus pinchaque), Lowland Tapir (Tapirus terestis) dan Baird's Tapir (Tapirus bairdii) boleh ditemui di kawasan "Neotropics". Badak cipan dipercayai hidup secara bersendirian. Hanya badak cipan betina dan anaknya boleh dilihat bersama-sama. Secara umumnya seekor anak badak cipan akan lahir pada setiap 2 tahun iaitu selepas 13 bulan bunting. Jangka hayat bagi haiwan ini dianggarkan 30 tahun. Struktur gigi dan sistem penghadzamannya adalah diadaptasi untuk meragut. Biasanya badak cipan akan memakan puncak kayu pelbagai pokok dan belukar. Haiwan ini juga memakan pokok yang berbuah dan berbiji.

Musang ialah sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup didarat, sebahagian besarnya daripada  famili Viverridar. Ia sejenis binatang yang liar tetapi tidak buas, sangat licik dan pengecut. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan. Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala memasukki perkampungan kecil mencari ayam untuk dijadikan mangsanya. Ada sesetengah jenis musang hidup diatas pokok dan membuat sarang di celah dahan pokok. Musang  aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya seperti ayam, itik dan haiwan yang lebih kecil daripadanya. Bagi jenis musang pulut aktif pada siang hari di dalam hutan untuk mencari buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok.

Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri seperti bernafas melalui paru-paru, mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa), berdarah panas, mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak dan mempunyai empat ruang jantung. Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu paus Odontoceti (paus bergigi) dan paus Baleen (Mysticeti). Paus Odantoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus Baleen bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.

Siamang merupakan sejenis haiwan terlindung yang tergolong dalam keluarga beruk. Nama sainsnya Hylobates syndactalus. Bulu siamang berwarna hitam atau perang kemerah-merahan. Mereka hidup berkumpulan antara enam hingga tujuh ekor. Siamang jantan lebih besar berbanding siamang bentina dan bersikap agresif apabila diganggu. Sewaktu terdapat bahaya, siamang betina akan mengeluarkan suara yang nyaring dan diikuti oleh siamang jantan selama tiga hingga lima belas minit. Siamang mahir bergayut tetapi pergerakannya terhad di atas tanah. Siamang betina berjalan tegak dangan sebelah kaki depannya diangkat serta diletakkan dibelakang kepalanya manakala siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang kaki depan. Siamang mampu melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan persekitarannya. Akan tetapi sekiranya terdapat gangguan habitat seperti penebangan hutan, kelahiran hanya berlaku tiga tahun sekali. Siamang jantan akan menjaga anak sebaik bercerai susu.

Kelawar, kucing, kuda, tikus, anjing, ikan lumba-lumba dan sebagainya juga merupakan haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak

Haiwan Yang Berbahaya

1. Nyamuk Anopheles


Nyamuk ini dianggap antara binatang yang paling berbahaya di bumi kerana menyebabkan lebih dari 300 juta pengidap malaria setiap tahun, yang menyebabkan antara 1 hingga 3 juta kematian.
Nyamuk ini dapat juga membawa demam berdarah, kaki gajah, dan demam kuning. Biasanya aktif sewaktu malam hari, jadi salah satu cara untuk melindungi diri sendiri adalah dengan menggunakan ubat serangga dan mengenakan baju lengan panjang.

2. Bullet Ant


Satu gigitan dari serangga ini tidak akan membunuh anda, tetapi anda tidak akan pernah melupakannya. Semut ini dinamakan demikian kerana gigitannya terasa seperti ditembak dan dapat menimbulkan gigitan yang paling menyakitkan dari setiap makhluk yang dikenali manusia.
Semut ini berada di kedudukan nombor satu di Schmidt Sting Pain Index di mana semut ini digambarkan sebagai penyebab “gelombang yang panas, berdenyut, mengalahkan semua rasa sakit yang terus berlanjutan sehingga 24 jam”.


3. Army Ants


Semut ini banyak ditemui di Afrika dan Asia dan mampu membina sarang begitu cepat. Risiko terbesar semut ini untuk manusia adalah ketika semut ini berkerumun melalui rumah.
Ketika persediaan makanan rendah, kawanan semut ini akan berkerumun dalam jumlah hingga 50 juta semut. Ada laporan bahawa biasanya manusia dibunuh dengan membuatnya sesak nafas (semut akan sering masuk ke dalam paru-paru).

4. Black Widow

Merupakan salah satu spesies labah-labah yang paling terkenal, terutama kerana racunnya yang boleh menyebab kesan teruk kepada manusia. Racunnya dikatakan lebih kuat daripada ular derik.
Jantan dan betina mempunyai tanda berbentuk jam pasir di bawah perut mereka. Labah-labah betina relatif lebih besar daripada jantan dan bertentangan dengan kepercayaan popular masyarakat, jarang labah-labah betina memakan labah-labah jantan setelah bersama.
5. Deathstalker


Merupakan sebuah spesies kala jengking yang sangat berbahaya kerana racunnya. Racun itu sebenarnya adalah campuran neurotoxins kuat.
Meskipun, racun tidak akan membunuh orang dewasa yang sihat, boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak dan orang tua.
Ironinya, komponen racun (peptida chlorotoxin) mempunyai potensi untuk menyembuhkan tumor otak manusia sedangkan racun lain dapat membantu melawan diabetes.
6. Africanized Bees


Lebah ini juga disebut lebah pembunuh, dan merupakan spesis dari 26 ratu lebah Tanzania yang dibesarkan dengan spesies lain setelah mereka tanpa sengaja dibebaskan dari sarang di Brazil.
Apa yang membuat lebah boleh membunuh adalah sifat dasar pertahanan lebah ini dan kecenderungan untuk berkerumun menyerang mangsa bersama.
Selain itu, lebah ini cenderung mengikut mangsa malah sehingga jauh dari sarang. Lebah ini sangat ageresif ketika menyerang memastikan potensi ancaman kematian yang sangat menyakitkan bagi mangsa.
7. Lalat Tsetse


Lalat ini merupakan lalat penyegat besar dari Afrika yang menghisap darah binatang vertebrata. Lalat ini diketahui menyebabkan penyakit tidur pada manusia dan Nagana kepada binatang ternak.
Penyakit tidur adalah penyakit parasit pada manusia dan binatang yang disebabkan oleh Trypanosoma, suatu protozoa yang ditularkan oleh lalat Tsetse.
Gejala penyakit tidur dimulai dengan demam dan sakit kepala lalu merebak di bahagian belakang leher. Setelah itu, mangsa mungkin mengalami tidur siang hari dan insomnia.
Ini boleh mengakibatkan kematian akhirnya.
8. Tarantula Hawk


Tarantula Hawk diberi nama sesuai fakta bahawa binatang ini membunuh tarantula sebagai makanan larva mereka. Sengatan binantang ini dinilai sebagai salah satu sengatan yang paling menyakitkan di dunia (walaupun tidak sesakit seperti semut api ).
Salah seorang pengkaji menggambarkan “[...] sengatan sebagai penyebab langsung, rasa sakit yang menyiksa dan menghilangkan kemampuan seseorang untuk melakukan apa pun, kecuali, mungkin, menjerit. Keadaan mental tidak berfungsi dalam situasi ini.” Tarantula Hawk adalah ‘serangga rasmi’ negara New Mexico.
9. Kutu


Kutu menghisap darah dan menghuni badan binatang lain (termasuk manusia). Kutu sukar untuk dihapus dan penghapusan harus dilakukan dengan hati-hati kerana kutu akan meninggalkan bahagian kepala yang kemudian dapat menyebabkan infeksi serius.
Menurut Wikipedia, kutu keras (hard ticks) dapat menyebarkan penyakit kepada manusia seperti penyakit Lyme, demam Rocky Mountain , tularemia, equine ensefalitis, demam kutu Colorado, African Tick Bite Fever, dan beberapa bentuk ehrlichiosis.

Thursday 27 September 2012

Cara-cara Haiwan Bertelur





Penguin (Sphenisciformes, famili Spheniscidae) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan hidup di tempat yang sejuk seperti Kutub Selatan.  Penguin merupakan satu spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang lain. Spesis penguin yang terbesar adalah Emperor dan The King. Tinggi penguin adalah 4 kaki (1.2 meter). Penguin mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40 kg. Setiap penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda pengenalan. Setiap bunyi yang dikeluarkan adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Penguin hanya akan bertelur sebanyak dua atau sebiji sahaja. Pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin adalah singa laut.


Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Penyu digolongkan di dalam haiwan vertabrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkarang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.



Platipus atau Mallangong (Orinithorhynchus anatinus) ialah mamalia separa-akautik kecil endemik di bahagian timur Australia dan satu dari empat unjuran monotreme, kumpulan mamalia tunggal yang bertelur dan bukannya beranak (tiga yang lain adalah echidnas). Ia merupakan wakil tunggal bagi keluarga Ornithorhynchidae dan genus Ornithorhynchus, walaupun fossil keluarga berkait telah dijumpai, sebahagian mereka juga tergolong dalam genus Ornithorhynchus. Nama saintifik Ornithorhynchus secara harafiahnya bererti "hidung burung" dalam bahasa Yunani dan anatinus bererti "itik". Nama biasanya bererti "kaki leper" dan asalnya diberikan sebagai nama genus Linnaean, tetapi ia kemudiannya diketahui telahpun diberikan kepada Kumbang Ambrosia pengorek kayu.


Burung Merak Hijau (bahasa Inggeris: Green Peafowl) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pavo muticus. Burung Merak Hijau adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas burung. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga burung. Burung Merak Hijau adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Merak Hijau terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dekenali sebagai ventrikel. Sebagai burung, Burung Merak Hijau membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

 

Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengen ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki). Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus. Burung unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Burung unta adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang utara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi. Burung unta mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam). Burung unta terkenal dengan sarang masyarakat dimana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang untuk diramkan oleh betina alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telur burung unta adalah telur terbesar. 

Selain daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, haiwan-haiwan seperti ayam, buaya, katak, ikan, ketam, lipas, cacing dan sebagainya juga membiak secara bertelur.

Thursday 20 September 2012

Haiwan yang telah pupus

1. Tyrannosaurus Rex: – Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu
T. Rex
Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.
 2.Aurochs: -pupus sejak 1627
Aurochs
Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.
 3.Dodo: -  Pupus sejak lewat abad ke-17
Dodo
Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus. 
 4.Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger :- pupus sejak 1936 
Thylacine
Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.
 5.Javan Tiger:- Pupus sejak 1980-an
Javan tiger
 Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.
6. Tarpan – Pupus sejak 1919
Tarpan juga dikenali Eurasian Wild HouseIa adalah subspesies kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi.

7. Caucasian Bison – Pupus sejak 1927
Caucasian Bison adalah subspecies kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan Kaukasus di timur Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun, populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila berlakunya penempatan secara besar-besaran di keseluruhan habitatnya. Masyarakat pada masa itu masih belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kepupusan Caucasian Bison.
8. Syrian Wild Ass – Pupus sejak 1927
Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda. Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.
9. Giant Aye-aye – Pupus sejak 1930
Giant Aye-aye adalah subspesies kepada monyet dan mempunyai hubungan dengan lemur, monyet dan kera. Spesies ini pernah berhabitat di kepulauan Madagascar sejak 1000 tahun yang lampau. Spesies ini kali terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiyharkan pupus sejak daripada itu.
10. Caspian Tiger – Pupus sejak 1990an
Caspian Tiger adalah subspesies bagi keluarga kucing sepertimana spesies-spesies harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan Afghanistan. Populasinya mula merudum pada abad ke-20 akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merudum populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya. Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.

Haiwan yang diancam kepupusan


A
1. Badak Sumatra
Badak Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis) adalah badak yang berukuran paling kecil di antara semua spesies badak di dunia. Badak di hutan kepulauan Sumatera, Malaysia dan Thailand  ini dinyatakan diancam kepupusan dan dianggarkan hanya ada enam populasi di alam liar atau tinggal 300 ekor saja. Faktor utama berkurangnya jumlah badak ini adalah pemburuan liar. Di pasar gelap,sumbu badak ini berharga 30.000 dolar AS per kilogram. Selain itu, kadar pembiakan yang lambat juga menyebabkan mereka berada diambang kepupusan.

2. Esrichtiius Robustus
Jumlah haiwan seberat 30 tan ini hanya dianggarkan 100 ekor sahaja yang masih hidup, dan daripada 100 itu hanya ada 23 ekor betina yang masih wujud di wilayah perairan Pasifik Selatan.

3. Serigala Merah
Anda pernah menonton filem animasi Ice Age? Filem ini menceritakan kehidupan unik tentang haiwan pada zaman ais, zaman dimana hampir seluruh permukaan bumi ditutupi ais dan haiwan bernama serigala merah (Canis lupus rufus) ini adalah salah satu haiwan Ice Age yang masih hidup hingga kini. Para pengkaji menganggarkan hanya ada 250 ekor sahaja yang masih hidup pada masa kini.

4. Harimau Siberia
Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) adalah spesies harimau yang pernah  tinggal di wilayah Cina, Semenanjung Korea, dan Mongolia. Namun, kini haiwan tersebut hanya boleh hidup bebas berkeliaran di Rusia, di wilayah perlindungan kawasan Amur-Ussuri. Dianggarkan 350 hingga 450 sahaja yang masih hidup.

5. Musang Berkaki Hitam
Akibat ketamakan manusia yang terus mencemarkan alam sekitar tanpa henti, musang berkaki hitam (Mustela nigripes) hampir pupus dari muka bumi ni. Haiwan asli Amerika Utara ini kini dinyatakan sebagai mamalia paling terancam  di  AS. Haiwan malam hari atau nokturnal ini memburu haiwan seperti prairie dog sebagai makanan utama. Seiring menurunnya jumlah populasi haiwan buruannya, jumlah musang berkaki hitam ini juga ikut berkurang.
6. Buaya Filipina
Sesuai namanya, buaya Filipina (Crocodylus mindorensis) adalah spesies buaya yang dilindungi di Filipina. Berdasarkan survei pada tahun 1995, buaya bertubuh  kecil ini hanya tinggal 100 ekor di Filipina. Hal ini menjadikan buaya tersebut sebagai satu dari spesies haiwan paling terancam di dunia.

7. Gorila Gunung
Sejak gorila gunung (Gorilla beringei beringei) ditemui pada akhir tahun 1902, jumlah populasi haiwan ini pun turut terus berkurang akibat pembalakan liar, aktiviti pemburuan , dan perdagangan haiwan haram. Saat ini, jumlah Gorila Gunung yang mampu hidup di kawasan dingin ataupun panas ini hanya ada 720 ekor yang tersebar di wilayah Uganda.

8. Yu Gangga
Yu yang menghuni Sungai Gangga di India bernama Yu Gangga (Glyphis gangeticus) dan memiliki reputasi sebagai pemakan manusia sebaliknya banyak diburu oleh manusia untuk diambil minyaknya. Selain itu, semakin tercemar dan kotornya Sungai Gangga menjadikan faktor lain yang menyebabkan spesies ini kian pupus.

9. Orangutan
Orangutan Sumatra (Pongo abelii). Primape ini adalah pemakan buah-buahan dan serangga. Seperti biasa, penyebab berkurangnya jumlah mereka adalah habitat yang dimusnahkan dan pemburuan liar. Orangutan ini termasuk salah satu daripada haiwan yang memiliki kemampuan reproduksi rendah. Pongo abelli betina hanya mampu melahirkan tiga anak selama masa hidupnya.

10. Burung Kondor California
Burung kondor California (Gymnogyps californianus) adalah burung pemakan bangkai asal California, AS, yang mempunyai masa hidup paling panjang dibandingkan dengan burung lain, aitu sekitar 50 tahun. Gara-gara perburuan liar dan makin kurangnya habitat, burung  ini hampir musnah secara keseluruhan pada 1980. Namun usaha pemuliharaan dari pelbagai pihak, burung ini selamat. Kini, terdapat 332 Burung Kondor California di kawasan pemuliharaan, termasuk 152 ekor di alam lia