1. Tyrannosaurus Rex: – Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu
Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.
2.Aurochs: -pupus sejak 1627
Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.
3.Dodo: - Pupus sejak lewat abad ke-17
Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus.
4.Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger :- pupus sejak 1936
Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.
5.Javan Tiger:- Pupus sejak 1980-an
Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.
6. Tarpan – Pupus sejak 1919
Tarpan juga dikenali Eurasian Wild House. Ia adalah subspesies kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi.
7. Caucasian Bison – Pupus sejak 1927
Caucasian Bison adalah subspecies kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan Kaukasus di timur Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun, populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila berlakunya penempatan secara besar-besaran di keseluruhan habitatnya. Masyarakat pada masa itu masih belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kepupusan Caucasian Bison.
8. Syrian Wild Ass – Pupus sejak 1927
Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda. Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.
9. Giant Aye-aye – Pupus sejak 1930
Giant Aye-aye adalah subspesies kepada monyet dan mempunyai hubungan dengan lemur, monyet dan kera. Spesies ini pernah berhabitat di kepulauan Madagascar sejak 1000 tahun yang lampau. Spesies ini kali terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiyharkan pupus sejak daripada itu.
10. Caspian Tiger – Pupus sejak 1990an
Caspian Tiger adalah subspesies bagi keluarga kucing sepertimana spesies-spesies harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan Afghanistan. Populasinya mula merudum pada abad ke-20 akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merudum populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya. Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.
No comments:
Post a Comment