Contoh-contoh haiwan yang membiak secara melahirkan anak adalah seperti berikut:-
Kambing
(bahasa Inggeris goat) ialah salah satu haiwan yang terdapat di
Malaysia. Nama sainsnya Capra aegagrus hircus. Kambing merujuk secara
umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam
haiwan bertulang belakang (vertebrat), kelas mamalia. Kambing adalah
haiwan berdarah panas. Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan
menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul
perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak.
Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan
anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang
kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing
bunting kali pertama).
Badak cipan
berasal daripada famili Tapiridae dalam order Perissodactyla. Terdapat
empat spesies badak cipan yang boleh ditemui. Badak cipan Malaya
(Tapirus indicus) boleh ditemui di Asia Tenggara sementara tiga spesies
lagi iaitu Mountain Tapir (Tapirus pinchaque), Lowland Tapir (Tapirus
terestis) dan Baird's Tapir (Tapirus bairdii) boleh ditemui di kawasan
"Neotropics". Badak cipan dipercayai hidup secara bersendirian. Hanya
badak cipan betina dan anaknya boleh dilihat bersama-sama. Secara
umumnya seekor anak badak cipan akan lahir pada setiap 2 tahun iaitu
selepas 13 bulan bunting. Jangka hayat bagi haiwan ini dianggarkan 30
tahun. Struktur gigi dan sistem penghadzamannya adalah diadaptasi untuk
meragut. Biasanya badak cipan akan memakan puncak kayu pelbagai pokok
dan belukar. Haiwan ini juga memakan pokok yang berbuah dan berbiji.
Musang
ialah sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup didarat, sebahagian
besarnya daripada famili Viverridar. Ia sejenis binatang yang liar
tetapi tidak buas, sangat licik dan pengecut. Rupanya seperti kucing
tetapi tubuhnya besar dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang
adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan
mempunyai bulu di badan. Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala
memasukki perkampungan kecil mencari ayam untuk dijadikan mangsanya. Ada
sesetengah jenis musang hidup diatas pokok dan membuat sarang di celah
dahan pokok. Musang aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya
seperti ayam, itik dan haiwan yang lebih kecil daripadanya. Bagi jenis
musang pulut aktif pada siang hari di dalam hutan untuk mencari
buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok.
Paus
hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus
adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang
lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri seperti bernafas melalui paru-paru,
mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus
dewasa), berdarah panas, mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak
dan mempunyai empat ruang jantung. Pada masa kini, terdapat dua jenis
ikan paus iaitu paus Odontoceti (paus bergigi) dan paus Baleen
(Mysticeti). Paus Odantoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang
memakan ikan, sotong dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang
pancut pernafasan. Paus Baleen bersaiz lebih besar daripada paus bergigi
dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk
sikat, untuk menyaring plankton daripada air dan mempunyai dua lubang
pancut pernafasan.
Siamang
merupakan sejenis haiwan terlindung yang tergolong dalam keluarga
beruk. Nama sainsnya Hylobates syndactalus. Bulu siamang berwarna hitam
atau perang kemerah-merahan. Mereka hidup berkumpulan antara enam hingga
tujuh ekor. Siamang jantan lebih besar berbanding siamang bentina dan
bersikap agresif apabila diganggu. Sewaktu terdapat bahaya, siamang
betina akan mengeluarkan suara yang nyaring dan diikuti oleh siamang
jantan selama tiga hingga lima belas minit. Siamang mahir bergayut
tetapi pergerakannya terhad di atas tanah. Siamang betina berjalan tegak
dangan sebelah kaki depannya diangkat serta diletakkan dibelakang
kepalanya manakala siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang kaki
depan. Siamang mampu melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan
persekitarannya. Akan tetapi sekiranya terdapat gangguan habitat
seperti penebangan hutan, kelahiran hanya berlaku tiga tahun sekali.
Siamang jantan akan menjaga anak sebaik bercerai susu.
Kelawar, kucing, kuda, tikus, anjing, ikan lumba-lumba dan sebagainya
juga merupakan haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak
No comments:
Post a Comment