Penguin (Sphenisciformes,
famili Spheniscidae) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat
terbang dan hidup di tempat yang sejuk seperti Kutub Selatan. Penguin
merupakan satu spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling
tinggi berbanding spesis yang lain. Spesis penguin yang terbesar adalah
Emperor dan The King. Tinggi penguin adalah 4 kaki (1.2 meter). Penguin
mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40 kg. Setiap
penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda
pengenalan. Setiap bunyi yang dikeluarkan adalah unik dan berbeza di
antara satu sama lain. Penguin hanya akan bertelur sebanyak dua atau
sebiji sahaja. Pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin
adalah singa laut.
Platipus atau Mallangong (Orinithorhynchus
anatinus) ialah mamalia separa-akautik kecil endemik di bahagian timur
Australia dan satu dari empat unjuran monotreme, kumpulan
mamalia tunggal yang bertelur dan bukannya beranak (tiga yang lain
adalah echidnas). Ia merupakan wakil tunggal bagi keluarga
Ornithorhynchidae dan genus Ornithorhynchus, walaupun fossil keluarga
berkait telah dijumpai, sebahagian mereka juga tergolong dalam genus
Ornithorhynchus. Nama saintifik Ornithorhynchus secara harafiahnya
bererti "hidung burung" dalam bahasa Yunani dan anatinus bererti "itik".
Nama biasanya bererti "kaki leper" dan asalnya diberikan sebagai
nama genus Linnaean, tetapi ia kemudiannya diketahui telahpun diberikan
kepada Kumbang Ambrosia pengorek kayu.
Burung Merak Hijau (bahasa Inggeris: Green Peafowl) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pavo muticus. Burung Merak Hijau adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas burung. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga burung. Burung Merak Hijau adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Merak Hijau terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dekenali sebagai ventrikel. Sebagai burung, Burung Merak Hijau membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Burung Unta
merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengen ketinggian sehingga
2.5 meter (8 kaki). Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam
kumpulan primitif yang kurang dikenali iaitu ratit (Palaeognaths). Nama
sainsnya Struthio camelus. Burung unta berasal dari savana dan
separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Burung
unta adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang
diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai
kerajang utara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan
sebagainya. Paruhnya tidak bergigi. Burung unta mempunyai leher yang
panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam).
Burung unta terkenal dengan sarang masyarakat dimana beberapa ekor
burung betina akan bertelur dalam satu sarang untuk diramkan oleh betina
alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telur burung unta
adalah telur terbesar.
Selain daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, haiwan-haiwan seperti ayam, buaya, katak, ikan, ketam, lipas, cacing dan sebagainya juga membiak secara bertelur.
No comments:
Post a Comment