1. Nyamuk Anopheles
Nyamuk
ini dianggap antara binatang yang paling berbahaya di bumi kerana
menyebabkan lebih dari 300 juta pengidap malaria setiap tahun, yang
menyebabkan antara 1 hingga 3 juta kematian.
Nyamuk
ini dapat juga membawa demam berdarah, kaki gajah, dan demam kuning.
Biasanya aktif sewaktu malam hari, jadi salah satu cara untuk melindungi
diri sendiri adalah dengan menggunakan ubat serangga dan mengenakan
baju lengan panjang.
2. Bullet Ant
Satu
gigitan dari serangga ini tidak akan membunuh anda, tetapi anda tidak
akan pernah melupakannya. Semut ini dinamakan demikian kerana gigitannya
terasa seperti ditembak dan dapat menimbulkan gigitan yang paling
menyakitkan dari setiap makhluk yang dikenali manusia.
Semut
ini berada di kedudukan nombor satu di Schmidt Sting Pain Index di mana
semut ini digambarkan sebagai penyebab “gelombang yang panas,
berdenyut, mengalahkan semua rasa sakit yang terus berlanjutan sehingga
24 jam”.
3. Army Ants
Semut
ini banyak ditemui di Afrika dan Asia dan mampu membina sarang begitu
cepat. Risiko terbesar semut ini untuk manusia adalah ketika semut ini
berkerumun melalui rumah.
Ketika
persediaan makanan rendah, kawanan semut ini akan berkerumun dalam
jumlah hingga 50 juta semut. Ada laporan bahawa biasanya manusia dibunuh
dengan membuatnya sesak nafas (semut akan sering masuk ke dalam
paru-paru).
4. Black Widow
Merupakan salah satu spesies labah-labah yang paling terkenal, terutama kerana racunnya yang boleh menyebab kesan teruk kepada manusia. Racunnya dikatakan lebih kuat daripada ular derik.
Jantan
dan betina mempunyai tanda berbentuk jam pasir di bawah perut mereka.
Labah-labah betina relatif lebih besar daripada jantan dan bertentangan
dengan kepercayaan popular masyarakat, jarang labah-labah betina memakan
labah-labah jantan setelah bersama.
5. Deathstalker
Merupakan
sebuah spesies kala jengking yang sangat berbahaya kerana racunnya.
Racun itu sebenarnya adalah campuran neurotoxins kuat.
Meskipun, racun tidak akan membunuh orang dewasa yang sihat, boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak dan orang tua.
Ironinya,
komponen racun (peptida chlorotoxin) mempunyai potensi untuk
menyembuhkan tumor otak manusia sedangkan racun lain dapat membantu
melawan diabetes.
6. Africanized Bees
Lebah
ini juga disebut lebah pembunuh, dan merupakan spesis dari 26 ratu
lebah Tanzania yang dibesarkan dengan spesies lain setelah mereka tanpa
sengaja dibebaskan dari sarang di Brazil.
Apa
yang membuat lebah boleh membunuh adalah sifat dasar pertahanan lebah
ini dan kecenderungan untuk berkerumun menyerang mangsa bersama.
Selain
itu, lebah ini cenderung mengikut mangsa malah sehingga jauh dari
sarang. Lebah ini sangat ageresif ketika menyerang memastikan potensi
ancaman kematian yang sangat menyakitkan bagi mangsa.
7. Lalat Tsetse
Lalat
ini merupakan lalat penyegat besar dari Afrika yang menghisap darah
binatang vertebrata. Lalat ini diketahui menyebabkan penyakit tidur pada
manusia dan Nagana kepada binatang ternak.
Penyakit
tidur adalah penyakit parasit pada manusia dan binatang yang disebabkan
oleh Trypanosoma, suatu protozoa yang ditularkan oleh lalat Tsetse.
Gejala
penyakit tidur dimulai dengan demam dan sakit kepala lalu merebak di
bahagian belakang leher. Setelah itu, mangsa mungkin mengalami tidur
siang hari dan insomnia.
Ini boleh mengakibatkan kematian akhirnya.
8. Tarantula Hawk
Tarantula
Hawk diberi nama sesuai fakta bahawa binatang ini membunuh tarantula
sebagai makanan larva mereka. Sengatan binantang ini dinilai sebagai
salah satu sengatan yang paling menyakitkan di dunia (walaupun tidak
sesakit seperti semut api ).
Salah
seorang pengkaji menggambarkan “[...] sengatan sebagai penyebab
langsung, rasa sakit yang menyiksa dan menghilangkan kemampuan seseorang
untuk melakukan apa pun, kecuali, mungkin, menjerit. Keadaan mental
tidak berfungsi dalam situasi ini.” Tarantula Hawk adalah ‘serangga
rasmi’ negara New Mexico.
9. Kutu
Kutu menghisap darah dan menghuni badan binatang lain (termasuk manusia). Kutu sukar untuk dihapus dan penghapusan harus dilakukan dengan hati-hati kerana kutu akan meninggalkan bahagian kepala yang kemudian dapat menyebabkan infeksi serius.
Menurut
Wikipedia, kutu keras (hard ticks) dapat menyebarkan penyakit kepada
manusia seperti penyakit Lyme, demam Rocky Mountain , tularemia, equine
ensefalitis, demam kutu Colorado, African Tick Bite Fever, dan beberapa
bentuk ehrlichiosis.
No comments:
Post a Comment